PENGURUSAN Tertinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini telah bersetuju melantik YBhg. Dato' Sri Ahmad Khusairi Yahaya, 53, sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM yang baharu berkuat kuasa pada 15 April 2020.

Beliau menyandang jawatan tersebut bagi menggantikan Datuk Seri Azam Baki yang telah dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 9 Mac lalu.

Beliau yang memulakan kerjaya sebagai Pegawai Siasatan Badan Pencegah Rasuah pada 1992 pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan serta Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Pengarah Bahagian Perisikan sebelum dilantik sebagai Pengarah Bahagian Siasatan pada 24 Disember lalu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, YBhg. Dato' Norazlan Mohd Razali, 56, pula dilantik sebagai Pengarah Bahagian Siasatan baharu bagi menggantikan YBhg. Dato’ Sri Ahmad Khusairi berkuat kuasa tarikh sama.

Beliau sebelum ini pernah memegang jawatan Pengarah Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), Ketua Staff Pejabat Eksekutif Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Ketua Unit Integriti Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

PUTRAJAYA
14 APRIL 2020

Dato' Sri Ahmad Khusairi Dilantik Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Baharu

PDF
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
6
Semalam
48
Minggu Ini
245
Bulan Ini
245

Keseluruhan
3438847