SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Setiausaha Am Kementerian Industri Utama, mendiang Tan Sri G.K Rama Iyer yang telah meninggal dunia pada 17 Mac lalu.

Mendiang yang juga merupakan Pengerusi pertama Malaysia Airlines (MAS) telah banyak memberikan sumbangan besar kepada perkhidmatan awam termasuklah mengasaskan agensi pencegahan rasuah di negara ini yang kini dikenali sebagai SPRM.

Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar buat negara dan mendiang wajar diingati oleh seluruh rakyat Malaysia sebagai perintis pejuang antirasuah di negara ini.

 

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
23 MAC 2020

SPRM Rakam Ucapan Takziah Kepada Mendiang Tan Sri G.K Rama Iyer

PDF

 

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
36
Semalam
59
Minggu Ini
244
Bulan Ini
493

Keseluruhan
3440549