Mengambil maklum mengenai penularan wabak Corona Virus Disease 19 (COVID-19) yang telah meningkat secara mendadak dan merujuk kepada Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 16 Mac 2020, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dan telah pun mengambil langkah-langkah pencegahan penularan penyakit berjangkit berkenaan di semua pejabat SPRM seluruh negara.

Dalam hal berkenaan, Pengurusan Tertinggi SPRM telah memutuskan bahawa perkhidmatan SPRM adalah diteruskan seperti biasa namun tertakluk kepada Garis Panduan Pencegahan Penularan Penyakit Berjangkit COVID-19 yang sedang terpakai sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan tersebut berkuat kuasa.

Demi kepentingan awam, suruhanjaya ini telah melaksanakan larangan kehadiran pihak luar di premis SPRM kecuali bagi individu-individu seperti berikut:

i. Saksi yang dipanggil untuk ditemu bual/ diambil penyataan bagi membantu proses siasatan tanpa
kelengahan;
ii. Individu yang ditangkap oleh SPRM bagi maksud siasatan;
iii. Individu yang ditangkap oleh SPRM bagi maksud sambung jamin;
iv. Pengadu/pemberi maklumat; dan
v. Lain-lain individu yang perlu berjumpa dengan pegawai SPRM tanpa kelengahan bagi tujuan siasatan.

Sama-samalah kita mendoakan agar kita semua dilindungi Allah S.W.T dan usaha pencegahan COVID-19 ini dipermudahkan serta keadaan negara akan kembali seperti sedia kala.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
17 MAC 2020

SPRM Beroperasi Seperti Biasa Dengan Langkah-Langkah Pencegahan

PDF
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
33
Semalam
48
Minggu Ini
128
Bulan Ini
364

Keseluruhan
3436077