SAYA merujuk kepada pendedahan pada 31 Januari di United Kingdom berkenaan dakwaan rasuah melibatkan Airbus dan 2 eksekutif dari AirAsia.

Di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kami mempunyai kuasa dan bidang kuasa untuk menyiasat apa-apa tindakan rasuah yang dilakukan oleh mana-mana warganegara atau penduduk tetap Malaysia di mana-mana tempat luar Malaysia.

Dalam kes Airbus-Airasia ini, saya dengan ini mengesahkan bahawa pihak SPRM telah menghubungi pihak berkuasa UK dan telahpun memulakan penyiasatann dalam perkara ini.

LATHEEFA KOYA
KETUA PESURUHJAYA
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
1 FEBRUARI 2020

Kenyataan Media Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 1 Februari 2020

PDF
Hit: 881