SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan dua kes berasingan SPRM.

Lelaki pertama yang dikesan ialah Loh Kang San, 51, yang mempunyai alamat terakhir di 10-1, Blok C, PPR Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat, P/PsK Mohd. Shokray Yahaya di talian 019-623 6680.

Bagi kes kedua, lelaki yang dikesan ialah Kaliswaran@Ananth A/L R. Kathavarayan, 52, yang mempunyai alamat terakhir di No.76, Lorong Bandar 3, Taman Bukit Desa, Jalan Klang Lama, 58100, Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat, Ps Abdul Rahim Sulaiman di talian 019-323 0052 atau 03-8870 0497 atau e-mel kepada rahim.sulaiman@sprm.gov.my.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

4 NOVEMBER 2019

SPRM Kesan Dua Lelaki Bantu Siasatan

PDF
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
23
Semalam
50
Minggu Ini
232
Bulan Ini
1072

Keseluruhan
3429237