SPRM Kesan Dua Lelaki Bantu Siasatan

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan berkaitan dua kes rasuah berasingan.

Dalam kes pertama, SPRM Sarawak sedang mengesan David SNG, 50, mempunyai alamat terakhir di Lot 2362, Taman Chan Ung Hua, Jalan Bleteh, 96800 Kapit, Sarawak.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu berkenaan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Muhamad Saiful Adli Che Rahim di talian 08-4321 982 atau 013-715 1744.

Sementara itu, SPRM turut mencari Abdul Razman Muthokhir, 33, mempunyai alamat terakhir di WC-15 Antah Tower Condominium, Jalan Putramas 1, Off Jalan Kuching, 51200 Kuala Lumpur dan No.2, Laluan Taman Meru 1, Taman Meru 1A, 30020 Ipoh, Perak.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki berkenaan diminta menghubungi Penolong Penguasa Mohd. Johafizie Johari di talian 03-8870 0475 atau 014-515 5977.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
28 OGOS 2019

 

SPRM Kesan Dua Lelaki Bantu Siasatan

PDF

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
31
Semalam
47
Minggu Ini
31
Bulan Ini
785

Keseluruhan
3430408