Kenyataan Media Ketua Pesuruhjaya SPRM Berhubung Pemakaian Baju Lokap SPRM

Amalan pembawaan suspek ke mahkamah dalam baju lokap oren telah dihentikan. Ini adalah sejajar dengan anggapan tidak bersalah (presumption of innocence) serta Fasal 5(1) Perlembagaan Persekutuan.
 
Sementara SPRM tidak akan berkompromi sama sekali dalam pembanterasan rasuah, dalam berbuat demikian, kami pada setiap masa akan mendukung kedaulatan undang-undang (rule of law).
 
Gari tangan akan hanya digunakan di mana perlu, misalnya jika terdapat risiko terlepas lari, atau kelakuan agresif.
 
Walaubagaimanapun, penggunaan gari adalah tidak dibenarkan dalam ruang bilik mahkamah.
 
LATHEEFA KOYA
KETUA PESURUHJAYA
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
 
9 JULAI 2019
 
 

Kenyataan Media Ketua Pesuruhjaya SPRM Berhubung Pemakaian Baju Lokap SPRM

PDF

 

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
18
Semalam
47
Minggu Ini
161
Bulan Ini
812

Keseluruhan
3427423