SPRM Buat Laporan Polis Terhadap Ciapan Palsu Guna Nama KP SPRM

Berhubung ciapan para jemaah haji ditaja menggunakan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menerusi Twitter bawah nama Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya, SPRM ingin menegaskan bahawa ciapan tersebut adalah palsu yang ditular oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menjatuhkan imej suruhanjaya ini dan menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat.

Susulan itu, SPRM telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya pada 24 Jun lalu.

SPRM memandang serius terhadap dakwaan berkenaan kerana ia boleh menimbulkan panik dan keresahan di kalangan masyarakat. SPRM ingin menasihatkan orang ramai agar tidak menular ciapan palsu itu dan berharap Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan menjalankan siasatan ke atas perkara berkenaan supaya tindakan tidak bertanggungjawab ini tidak berulang lagi.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

PUTRAJAYA

26 JUN 2019

 

SPRM Buat Laporan Polis Terhadap Ciapan Palsu Guna Nama KP SPRM

PDF

 

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
16
Semalam
48
Minggu Ini
64
Bulan Ini
764

Keseluruhan
3422851