Latheefa Koya Angkat Sumpah Ketua Pesuruhjaya SPRM Ke-14

Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah berkenan berangkat ke majlis mengangkat sumpah pelantikan YBhg. Puan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke-14 di Istana Negara, hari ini.

Pada 4 Jun lalu, Kebawah Duli Tuanku telah memperkenankan pelantikan Latheefa sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM bagi tempoh dua tahun iaitu mulai 1 Jun 2019 sehingga 31 Mei 2021.

Majlis angkat sumpah tersebut selaras dengan Seksyen 5 (7) Akta SPRM 2009 iaitu setiap Ketua Pesuruhjaya yang dilantik perlu mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong.

Latheefa, 46, yang berpengalaman luas dalam bidang guaman dan perundangan merupakan kelulusan Sarjana Muda Undang-undang (LL.B)(Kepujian) dari University of London.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Dato’ Sri Azam Baki; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Dato’ Shamshun Baharin Mohd Jamil; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan & Professionalisme) SPRM, Dato’ Ja'afar Mahad dan Pengarah Dasar, Perancangan dan Penyelidikan SPRM, Dato’ Nor Azmi Karim.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

25 JUN 2019

 

Latheefa Koya Angkat Sumpah Ketua Pesuruhjaya SPRM Ke-14

PDF

 

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
27
Semalam
53
Minggu Ini
292
Bulan Ini
340

Keseluruhan
3429963