PAGI ini, saya telah memulakan tugas secara rasmi sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Banyak pandangan dan pendapat telah diutarakan semenjak pelantikan saya diumumkan sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Setiap individu berhak untuk menyoal, mengkritik atau menyampaikan pandangan mahupun pendapat masing-masing, ini tidak mengapa kerana tugas saya jelas, iaitu untuk membanteras rasuah di negara ini.

Dengan sokongan dan dokongan rakyat dan pegawai-pegawai saya di SPRM, saya percaya dapat mewujudkan satu masyarakat yang ‘alah’ kepada rasuah agar Malaysia bebas daripada gejala rasuah.

Selain itu, saya juga akan melihat kepada tindakan jangka panjang, termasuk dari segi pendidikan bagi mewujudkan budaya yang tidak bertoleransi kepada rasuah kerana adalah hak asas setiap rakyat Malaysia untuk dibenarkan hidup, bekerja dan makmur dalam satu persekitaran yang bebas rasuah.

Dengan pertolongan Allah SWT, saya berharap untuk berjaya dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan ini.

 

LATHEEFA KOYA
KETUA PESURUHJAYA
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

7 JUN 2019

 

Kenyataan Media Ketua Pesuruhjaya Baharu SPRM

PDF

 

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
22
Semalam
52
Minggu Ini
269
Bulan Ini
920

Keseluruhan
3427531