SPRM Kesan 4 Warga Vietnam Bantu Perbicaraan

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Pahang sedang mengesan empat lelaki warga Vietnam bagi membantu perbicaraan kes SPRM.

Keempat-empat lelaki tersebut ialah Lam Thanh Tan, 51; Nguyen Thanh Chuoc, 39; Do Duy Thang, 31 dan Trinh Thanh Hau, 38, yang mempunyai alamat terakhir di Kuantan, Pahang.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai kesemua individu tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat SPRM, Muhammad Firdaus Mahadi di talian 09-571 6000 atau 019-970 7157.

 

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

PUTRAJAYA

16 MEI 2019

 

 

SPRM Kesan 4 Warga Vietnam Bantu Perbicaraan 

PDF

 

Hit: 450