SPRM Dapat Izin Dakwa Moktar Dan Isteri

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara bagi menuduh bekas Pengerusi Bukan Eksekutif FELCRA Berhad, Datuk Seri Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Izette A. Samad di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 3 Mei 2019.

Moktar dan Zizie bakal menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 17(a) dan Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009.

SPRM telah menahan Moktar pada pukul 10.50 pagi di SPRM Sabah manakala Zizie ditahan di SPRM Putrajaya pada pukul 11.15 pagi selepas mereka hadir untuk melengkapkan proses siasatan akhir berkenaan kes rasuah melibatkan FELCRA.

Kedua-dua mereka kemudian dilepaskan dengan jaminan SPRM.

 

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

PUTRAJAYA

1 MEI 2019

 

SPRM Dapat Izin Dakwa Moktar Dan Isteri

PDF

 

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
17
Semalam
51
Minggu Ini
165
Bulan Ini
901

Keseluruhan
3426057