SPRM Lancar Bilik Gerakan PRK P186 Parlimen Sandakan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada Pilihan Raya Kecil (PRK) P186 Parlimen Sandakan.

Bilik gerakan PRK P186 Parlimen Sandakan yang beroperasi 24 jam itu akan ditempatkan di SPRM Cawangan Sandakan, Tingkat 7, Wisma Persekutuan Sandakan, KM 11, Jalan Labuk, Peti Surat 6000, 90715 Sandakan, Sabah.

Selain itu, orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan rasuah dan salah guna kuasa melalui emel kepada prkp186@sprm.gov.my atau menghubungi talian 089-668746 atau 012-8426385 faks 089-669691. Dalam pada itu, SPRM juga mengharapkan kepada semua calon dan parti politik yang bertanding agar tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihanraya selaras dengan Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012).

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

PUTRAJAYA

27 APRIL 2019

SPRM Lancar Bilik Gerakan PRK P186 Parlimen Sandakan

PDF
Hit: 777