SPRM SIASAT DAKWAAN PINDAAN LAPORAN AKHIR PENGAUDITAN 1MDB

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan berkaitan dakwaan pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang didedahkan baru-baru ini.

SPRM juga telah meneliti dokumen asal laporan tersebut untuk dibandingkan dengan draf akhir yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Audit Negara.

Sehubungan itu, SPRM akan memanggil beberapa saksi dalam tempoh terdekat bagi memberi keterangan dan membantu siasatan berkaitan isu tersebut dalam tempoh terdekat.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

25 NOVEMBER 2018

 SPRM Siasat Dakwaan Pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB PDF
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
24
Semalam
27
Minggu Ini
307
Bulan Ini
1043

Keseluruhan
3426199