Kes Musa Aman: Kertas Siasatan Diserahkan Ke Pejabat Peguam Negara Pada 2012


SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin menyatakan berkaitan laporan berita yang memetik Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad meminta SPRM menjelaskan sebab bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman tidak dituduh sebelum ini.

SPRM telah menjalankan siasatan terhadap Musa dan kertas siasatan tersebut diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara pada Julai 2012 untuk tindakan selanjutnya.

Walaubagaimanapun, Pejabat Peguam Negara telah memutuskan untuk tidak meneruskan pendakwaan memandangkan kerana siasatan tertumpu kepada sumbangan politik.

Dasar Pejabat Peguam Negara pada ketika itu telah menetapkan untuk tidak menuduh kes yang melibatkan sumbangan politik.

Bagaimanapun, SPRM telah mengkaji semula kertas siasatan terhadap Musa beberapa bulan lalu setelah memperoleh maklumat baharu berhubung kes tersebut. SPRM telah mengemukakan kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara untuk dikaji semula.

Peguam Negara kemudiannya memutuskan bahawa Musa berhadapan 35 pertuduhan kes rasuah di bawah Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997. 

Beliau telah dituduh pada 5 November lalu.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

9 NOVEMBER 2018

 Kes Musa Aman: Kertas Siasatan Diserahkan Ke Pejabat Peguam Negara Pada 2012 PDF
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
23
Semalam
27
Minggu Ini
306
Bulan Ini
1042

Keseluruhan
3426198