SPRM Kesan Dua Saksi Bantu Perbicaraan dan Siasatan 

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan dua saksi bagi membantu perbicaraan dan siasatan kes SPRM. Di Johor, individu pertama yang dikesan ialah Tee Wee Sing, 41, dan mempunyai dua alamat di 98, Jalan Senggarang 2, Taman Sri Senggarang, 83000 Batu Pahat, Johor dan No. 7, Jalan Jambu Air, Taman
Sentosa, 83000 Batu Pahat, Johor.

Manakala individu kedua yang dikesan ialah Ho Kok Seng, 40, dan mempunyai tiga alamat di No. 7, Jalan Jambu Air, Taman Sentosa, 83000 Batu Pahat, Johor, No. 16, Jalan 2, Taman Mutiara, Jalan Kluang, Johor dan No. 98, S/S2, Taman Sri Senggarang 11, 83200 Senggarang, Johor.

Kedua-dua lelaki tersebut dikehendaki untuk membantu perbicaraan kes SPRM.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Wee Sing dan Kok Seng diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Roazfaniza Roslim di talian 03-8870 0334 atau emel ke roazfaniza@sprm.gov.my.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
22 OKTOBER 2018

 SPRM Kesan Dua Saksi Bantu Perbicaraan Dan Siasatan PDF
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
23
Semalam
27
Minggu Ini
306
Bulan Ini
1042

Keseluruhan
3426198