Zahid Ditahan Untuk Pendakwaan

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berhubung siasatan salah guna kuasa,pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan dana sebuah yayasan setelah SPRM mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara.

Penahanan itu dibuat pada jam 3.15 petang di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, hari ini. Susulan itu, Ahmad Zahid akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Ahmad Zahid akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 19 Oktober 2018, jam 8.00 pagi untuk pertuduhan tersebut.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
18 OKTOBER 2018

Ahmad Zahid Ditahan Untuk Pendakwaan  PDF
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
24
Semalam
27
Minggu Ini
307
Bulan Ini
1043

Keseluruhan
3426199