SPRM Perjelas Isu Siasatan Kes Rasuah Di Melaka

 

MERUJUK kepada laporan sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris yang menyatakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang menunggu keputusan Jabatan Peguam Negara bagi pendakwaan kes melibatkan Ahli Majlis Kerajaan Negeri (Exco) Melaka, SPRM ingin menjelaskan bahawa kenyataan yang dimaklumkan oleh Pengarah SPRM Negeri Melaka, Abu Talib Othman seperti yang dilaporkan dalam akhbar tersebut tidak merujuk kepada kes berkenaan.

Sebaliknya, kenyataan itu merujuk kes berlainan iaitu siasatan terhadap dua kes rasuah melibatkan dua kakitangan awam serta seorang kakitangan sektor swasta.

SPRM ingin menjelaskan bahawa kes berkaitan penerimaan wang rasuah bernilai RM2.6 juta melibatkan Ahli Majlis Kerajaan Negeri (Exco) Melaka itu masih di peringkat siasatan dan kertas siasatan masih belum diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.

Sehubungan itu, SPRM memohon semua pihak terlibat khususnya pihak media agar tidak memutarbelitkan kenyataan itu kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan sekali gus menjejaskan reputasi dan kredibiliti SPRM dalam menjalankan siasatan.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
29 OGOS 2018

 

SPRM Perjelas Isu Siasatan Kes Rasuah Di Melaka  PDF
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
52
Semalam
53
Minggu Ini
253
Bulan Ini
989

Keseluruhan
3426145