Nafi Dakwaan Akan Dirombak Libatkan Pegawai Kanan 

SUSULAN dakwaan sebuah akhbar tempatan kononnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dirombak melibatkan beberapa pegawai kanan di bahagian siasatan dan perisikan ke agensi lain, SPRM ingin menegaskan bahawa dakwaan tersebut adalah tidak benar sama sekali.

Laporan berkenaan dianggap sebagai tidak bertanggungjawab kerana tiada punca yang sahih serta dipercayai hanya berdasarkan maklumat yang ditularkan dan sekadar untuk mensensasikan berita.

Laporan ini boleh menimbulkan keresahan dalam kalangan pegawai-pegawai SPRM serta berkemungkinan diputar belit sekali gus mencemarkan imej SPRM dan menimbulkan keraguan masyarakat.

Sehubungan itu, SPRM memohon agar pihak media mendapatkan maklumat sahih terlebih dahalu daripada SPRM sebelum melaporkan berita kepada umum.

Tindakan melaporkan berita yang tidak bertanggungjawab boleh menyebabkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat dan agensi-agensi terlibat.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
18 OGOS 2018
  Nafi Dakwaan Akan Dirombak Libatkan Pegawai Kanan PDF
Hit: 1161