Isu Pembekuan dan Pelepasan Akaun Bank Bekas PM

 

Susulan isu pembekuan dan pelepasan akaun bank bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak bagi siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati terdapat beberapa kekeliruan fakta yang dilaporkan oleh segelintir pihak menerusi media.

Berhubung dakwaan bahawa suruhanjaya ini mengadakan publisiti besar-besaran mengenai pembekuan akaun Mohd. Najib dan menyepi apabila pembekuan akaun ditarik balik, SPRM ingin menegaskan bahawa isu tersebut tidak timbul kerana suruhanjaya ini tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi berkaitan pembekuan akaun malah SPRM juga hanya mengesahkan pelepasan akaun tersebut apabila persoalan itu ditimbulkan oleh pihak media.

Suruhanjaya ini juga ingin menjelaskan bahawa pelepasan pembekuan akaun tersebut adalah disebabkan ia tiada kaitan dengan siasatan SRC International dan juga 1MDB (RM2.6 bilion).

SPRM ingin menegaskan tindakan melepaskan pembekuan akaun tersebut bukan dilakukan atas desakan mana-mana pihak tetapi disebabkan siasatan terhadap akaun itu telah selesai dilaksanakan.

Dalam pada itu, ingin ditarik perhatian bahawa terdapat akaun-akaun bank lain Mohd. Najib yang juga terlibat dengan SRC International Sdn. Bhd. dan 1MDB (RM2.6 bilion) tidak dibekukan kerana akaun-akaun tersebut telah ditutup sebelum siasatan SRC International dan 1MDB (RM2.6 bilion) bermula pada Julai 2015.

Ini bermakna, pembekuan akaun bank Mohd. Najib berkaitan isu SRC SPRM ingin menegaskan bahawa sehingga kini, siasatan berhubung dana RM2.6 bilion masih diteruskan.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
18 JULAI 2018

 Isu Pembekuan dan Pelepasan Akaun Bank Bekas PM PDF

 

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
1
Semalam
47
Minggu Ini
1
Bulan Ini
737

Keseluruhan
3425893