Dato’ Sri Mohd Shukri Angkat Sumpah Ketua Pesuruhjaya SPRM Ke-13

 

Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V telah berkenan berangkat ke majlis mengangkat sumpah pelantikan YBhg. Dato’ Sri Mohd Shukri Abdull sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke-13 di Istana Negara, hari ini.

Pada 21 Mei lalu, Kebawah Duli Tuanku telah memperkenankan pelantikan Mohd. Shukri sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM bagi tempoh dua tahun iaitu mulai 18 Mei 2018 sehingga 17 Mei 2020.

Majlis angkat sumpah tersebut selaras dengan Seksyen 5 (7) Akta SPRM 2009 iaitu setiap Ketua Pesuruhjaya yang dilantik perlu mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong.

Mohd. Shukri, 58, telah berkhidmat selama 32 tahun di SPRM sebelum bersara pada 4 Oktober 2016 dengan jawatan terakhir sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM.

Beliau berkelulusan Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian) dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan berpengalaman luas dalam mengendalikan kes-kes rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanifa Maidin; Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Fuzi Harun; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Dato’ Sri Azam Baki; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Dato’ Shamshun Baharin Mohd Jamil; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan & Profesionalisme) SPRM; Dato’ Ja'afar Mahad dan pengarah-pengarah bahagian dan negeri.

 

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
6 JULAI 2018

  

 Dato' Sri Mohd Shukri Angkat Sumpah Ketua Pesuruhjaya SPRM Ke-13 PDF

 

 

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
26
Semalam
53
Minggu Ini
291
Bulan Ini
339

Keseluruhan
3429962