Dato' Sri Najib Diarah Hadir Ke Pejabat SPRM Bantu Siasatan SRC International
 

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah menyerahkan notis kepada bekas Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak untuk menghadirkan diri ke Ibu Pejabat SPRM pada hari Selasa (22 Mei 2018).
Dato' Sri Najib dikehendaki hadir bagi membantu siasatan SPRM melibatkan kes SRC International.

Saya menolak kenyataan peguam Dato' Sri Najib, Datuk Harpal Singh Grewal bahawa pegawai SPRM akan hadir ke rumah beliau untuk merakam percakapannya.

Dalam notis yang diserahkan kepada Dato' Sri Najib semalam telah dinyatakan dengan jelasnya bahawa beliau perlu hadir ke Ibu Pejabat SPRM untuk dirakam percakapannya.

DATUK SERI AZAM BAKI
TIMBALAN KETUA PESURUHJAYA (OPERASI)
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
19 MEI 2018

 Dato' Sri Najib Diarah Hadir Ke Pejabat SPRM Bantu Siasatan SRC International PDF

 

 

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
53
Semalam
53
Minggu Ini
254
Bulan Ini
990

Keseluruhan
3426146