Dato’ Sri Mohd. Shukri Dilantik Sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM Baharu

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dato' Sri Mohd. Shukri Abdull atas perlantikan beliau sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu.

Dato' Sri Mohd. Shukri telah berkhidmat selama 32 tahun bersama SPRM sebelum beliau bersara awal pada 31 Julai 2016.Jawatan terakhir yang dipegang beliau adalah Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM.

Seluruh warga SPRM mengalu-alukan perlantikan Dato' Sri Mohd. Shukri bagi menerajui SPRM.

SPRM berharap beliau dapat menyempurnakan amanah, tanggungjawab dan harapan rakyat bagi memastikan negara ini bebas daripada jenayah rasuah dan salah guna kuasa.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM)
PUTRAJAYA
18 MEI 2018

 

 Dato’ Sri Mohd. Shukri Dilantik Sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM Baharu  PDF
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
18
Semalam
48
Minggu Ini
211
Bulan Ini
714

Keseluruhan
3428879