Ketua Pesuruhjaya SPRM Adakan Kunjungan Hormat Ke Atas JAKSA Agung Indonesia

 

KETUA Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad mengadakan kunjungan hormat terhadap Jaksa Agung, HM Prasetyo di Jakarta, Indonesia, hari ini.

Kunjungan yang diketuai oleh Datuk Dzulkifli Ahmad itu turut disertai oleh delegasi SPRM yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan SPRM.

Pertemuan yang julung kali diadakan tersebut bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara kedua-dua pihak di samping menyatakan komitmen untuk bekerjasama dari sudut perkongsian maklumat dan penyiasatan mengenai isu rasuah dan salah guna kuasa yang menyelubungi kedua-dua negara.

Dalam perjumpaan tersebut, kedua-dua pihak juga mengadakan perbincangan mengenai kes-kes rasuah serta langkah-langkah pencegahan dalam menangani isu rasuah dan salah guna kuasa bagi memastikan masalah yang boleh membantutkan kemajuan ekonomi dan sosial kedua-dua negara itu dapat ditangani secara menyeluruh.

SPRM dan Kejaksaan Indonesia telah memberi komitmen akan sentiasa memberi sokongan dan bantuan kepada satu sama lain sekiranya diperlukan dalam usaha menangani kegiatan rasuah dan salah guna kuasa bagi memastikan kedua-dua negara tersebut bebas daripada belenggu rasuah.

 

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

27 JULAI 2017

PUTRAJAYA

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
29
Semalam
48
Minggu Ini
77
Bulan Ini
879

Keseluruhan
3433612