SPRM Hantar Pasukan Penyiasat Kumpul Maklumat Dakwaan Kehilangan Peralatan Radar Tentera Berteknologi Tinggi

 

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menerima aduan berhubung isu dakwaan kehilangan sebuah kontena dipercayai mengandungi peralatan radar tentera berteknologi tinggi dari Pelabuhan Tanjung Pelepas di Johor baru-baru ini.

Susulan daripada laporan yang diterima, SPRM akan menghantar pasukan penyiasat ke lokasi berkenaan bagi mendapatkan maklumat berhubung kejadian itu sebelum tindakan lanjut diambil.

Pasukan penyiasat akan menilai maklumat-maklumat yang diperolehi untuk mengenal pasti sama ada wujudnya unsur rasuah dan salah guna kuasa dalam kejadian tersebut.

SPRM akan mengambil keterangan daripada beberapa orang pegawai daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia bagi membantu siasatan.

Selain itu, SPRM juga akan bekerjasama dengan pihak polis yang turut menjalankan siasatan ke atas dakwaan kehilangan peralatan radar tentera berteknologi tinggi tersebut.

Walau bagaimanapun, siasatan SPRM hanya akan tertumpu kepada elemen rasuah dan salahguna kuasa dan tidak akan campur tangan dalam siasatan yang dijalankan oleh pihak polis.

 

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

PUTRAJAYA

3 JULAI 2017

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
26
Semalam
48
Minggu Ini
325
Bulan Ini
1209

Keseluruhan
3424838