Bekas Leftenan Kolonel Disiasat SPRM Dituduh Minta Rasuah RM1.2 Juta

Seorang bekas Leftenan Kolonel Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah dituduh atas kesalahan menerima rasuah semalam, sekali lagi didakwa atas kesalahan meminta rasuah berjumlah RM 1.2 juta di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini.

Tertuduh, Leftenan Kolonel (B) Kamal Bahrin Nali, 47, didakwa meminta rasuah berjumlah RM1.2 juta daripada pemilik syarikat kontraktor alat ganti pesawat sebagai upah membantu mendapatkan bayaran tertunggak bernilai lebih RM14 juta pada tahun 2011.

Tertuduh mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Madihah Harullah.

Kamal Bahrin dituduh di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan jika disabit kesalahan, boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama iaitu hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan, mengikut mana lebih tinggi.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM100,000 dengan seorang penjamin dan tarikh perbicaraan ditetapkan pada 3 Julai 2017.

Semalam di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Kamal Bahrin telah didakwa menerima wang rasuah sebanyak RM600,000, daripada pemilik syarikat yang sama dalam bentuk dua keping cek Affin Bank Berhad dan kes dituduh bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Bagi pihak SPRM, kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Farah Yasmin Salleh.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

PUTRAJAYA

23 MEI 2017

Bekas Leftenan Kolonel Disiasat SPRM Dituduh Minta Rasuah RM1.2 Juta  PDF
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
38
Semalam
48
Minggu Ini
337
Bulan Ini
1221

Keseluruhan
3424850