PUTRAJAYA, 12 April 2013 - Lima individu termasuk seorang wanita ditahan reman  hari ini bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan pemalsuan MyKad.

Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Mahkamah Sesyen Putrajaya.

Kelima-lima mereka yang berumur dalam lingkungan antara 40-an hingga 50-an dipercayai anggota sindiket yang bergerak aktif di sekitar ibu negara.

Sindiket ini menyasarkan warga asing yang ingin memperoleh MyKad.

Difahamkan sindiket itu mengenakan bayaran antara RM2,500 hingga ke RM4,000 seorang.

Bayaran tersebut dakwa sindiket ini kononnya  sebahagian akan diberikan kepada pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi tujuan memudahkan urusan pemerolehan MyKad.

Mereka ditahan dalam satu operasi malam tadi dan hari ini.

Dalam operasi khas yang dijalankan oleh pihak SPRM ini, kelima-lima tertuduh tinggal di negeri berasingan dan terdiri daripada orang awam.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM,  Dato' Mustafar Ali ketika dihubungi mengesahkan penahanan lima individu tersebut.

TAMAT

 

Lampiran                    Tarikh
5 Direman Berhubung Kes Palsukan MyKad 12/04/2013
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
28
Semalam
48
Minggu Ini
76
Bulan Ini
878

Keseluruhan
3433611