Pertandingan Melukis Poster Anti Rasuah

ANDA BOLEH MELAKUKAN PERUBAHAN

PERANGI RASUAH

1 – 30 SEPTEMBER 2016

KATEGORI

A. Universiti Awam (UA) dan Universiti Swasta (US)

B. Sekolah Menengah

C. Sekolah Rendah (10 – 12 tahun)

SYARAT PERTANDINGAN

1. Pertandingan hanya terbuka kepada murid-murid Sekolah Rendah (Tahun 4 – 6) dan Menengah (Tingkatan 1 – 5) peringkat Kebangsaan dan Jenis Kebangsaan yang telah menyertai Program Wira Anti Rasuah (WAR) SPRM serta pelajar-pelajar Universiti Awam dan Swasta yang mempunyai Sekretariat Pencegahan Rasuah bagi kategori ‘Pertandingan SPR Terbaik – Penyebaran Pesanan Anti Rasuah.

2. Penyertaan boleh menggunakan pilihan bahasa (satu bahasa untuk setiap penyertaan) – Bahasa Melayu/Inggeris/Cina/Tamil.

3. Format penyertaan :

Sekolah Rendah – Bebas (warna air/pensel, krayon, acrylic, cat air/minyak)

Sekolah Menengah – Bebas atau Perisian Adobe Ilustrator/Photoshop atau Corel Draw

Universiti Awam/Swasta - Menggunakan perisian Adobe Ilustrator/Photoshop atau Corel Draw.

4. Tema pertandingan adalah “Anda Boleh Melakukan Perubahan, PERANGI Rasuah”/ “You Can Make A Difference, FIGHT Corruption” dan hendaklah berdasarkan salah satu tajuk berikut:-

  1. Laporkan Rasuah/Report Corruption
  2. Hadiah Boleh Menjadi Rasuah/Gifts Can Be A Bribe
  3. Pemberi Maklumat Dilindungi/Whistleblowers Are Protected
  4. Rasuah Membinasakan………/Corruption Destroys………..
  5. Toleransi Sifar Terhadap Rasuah/Zero Tolerance on Corruption
  6. Integriti Pilihan Saya/Integrity is My Choice

5. Saiz Poster adalah berdasarkan kertas saiz A3 sahaja dan mestilah idea ciptaan sendiri.

6. Penyertaan yang menggunakan perisian Adobe Ilustrator/Photoshop atau Corel Draw yang lengkap hendaklah dihantar dalam ‘SOFTCOPY’ (CD) dan ‘HARDCOPY’ bersama BORANG PENYERTAAN yang diisi penuh selewat-lewatnya pada 30HB SEPTEMBER 2016 melalui pos atau secara terus ke alamat berikut:

Pertandingan Melukis Poster Anti-Rasuah

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

Bahagian Pendidikan Masyarakat

Aras 4, Blok, D6, Kompleks D,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62007 Putrajaya

7. Semua penyertaan adalah Hakmilik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak SPRM berhak untuk menyunting hasil karya terpilih bagi tujuan penyebaran mesej Pencegahan Rasuah.

8. Keputusan panel hakim adalah muktamat. Sebarang rayuan berkenaan keputusan pertandingan tidak akan dilayan.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Nur Irwan : 018 409 1005 (nurirwan@sprm.gov.my)

Jamsharina : 012 664 3110 (jamsharina@sprm.gov.my)

E-mel : postersprm@gmail.com

Klik Untuk Muat Turun Syarat-Syarat Dan Borang Peryertaan.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
4
Semalam
50
Minggu Ini
207
Bulan Ini
1091

Keseluruhan
3424720