Pertandingan Video Pendek Anti Rasuah 2016

 

SYARAT PENYERTAANPERTANDINGAN

ANTI –CORRUPTION PUBLIC SERVICE ANNOUNCEMENT VIDEO COMPETITION(PSA)

Syarat PenyertaanPertandingan

  1. Penyertaan terbuka kepada pelajar Universiti Awam (UA), Institut PendidikanGuru (IPG), Institut Pendidikan Mara (IPMa) dan Universiti Swasta (US) diseluruh Malaysia.
  2. Penyertaan adalah percuma.
  3. PSA ini hendaklah mengandungi mana-mana mesej khusus seperti berikut:-

i. SPRM dipantau oleh lima badan bebas – badan khas ini memantau SPRM agar bebas, telus dan profesional dalam melaksanakan peranannya.

ii. Peranan dan kuasa SPRM – SPRM hanya berperanan untuk menyiasat sahaja dan melaksanakan fungsi perundingan serta pendidikan masyarakat. Tugas untuk mendakwa adalah dilakukan oleh Peguam Negara.

iii. Isu ikan jerung vs ikan bilis – SPRM menyiasat tanpa mengira siapa pelakunya dan bukan nilai suapan yang menjadi keutamaan tetapi kesannya terhadap masyarakat.

iv. Isu rasuah dipolitikkan – mempolitikkan isu rasuah tidak akan menyelesaikan masalah rasuah di Malaysia. Rasuah berlaku bukan disebabkan oleh parti politik, bangsa, agama dan warna kulit. Rasuah berlaku kerana ketiadaan integriti dalam diri seseorang.

v. Laporkan rasuah – kes rasuah perlu dilaporkan ke pihak yang berkuasa iaitu SPRM

vi. Akta Pemberi Maklumat 2010/Akta Perlindungan Saksi 2009-Pemberi maklumat dan saksi dilindungi..

vii. Bila hadiah menjadi rasuah? – penjelasan mengenai keadaan-keadaan yang menyebabkan hadiah menjadi rasuah mengikut ASPRM dan peraturan semasa yang terpakai.

viii. Perangi orang tengah (middleman) – peranan orang tengah dalam jenayah rasuah dan antara implikasinya.

4. Karya penyertaan boleh dalam pelbagai bahasa. Diwajibkan sarikata Bahasa Melayu pada karya selain Bahasa Melayu.

5. Tempoh masa setiap video tersebut adalah sekurang-kurangnya 30 saat dan tidak melebihi 60 saat.

6. Hasil karya dari setiap penyertaan tersebut akan menjadi hak milik SPRM sepenuhnya dan boleh digunakan untuk apa-apa urusan berkaitan tanpa perlu membayar bayaran royalti atau apa-apa bayaran lain terhadap hak ciptakarya tersebut.

7. Sebarang penggunaan lagu, jenama, rekaan, barangan dan sebagainya, perlu mendapat persetujuan pemilik asal dan pihak SPRM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pertikaian hakmilik, jikaada.

8. Video tersebut hendaklah dimuat naik (upload) ke dalam YouTube bermula 28 April 2016 dan penyertaan akan berakhir pada 31 Oktober 2016.

9. Pemenang bagi pertandingan ini adalah berdasarkan ‘like’ tertinggi dan juga keputusan panel juri profesionalSPRM.

10. Karya PSA hendaklah merupakan idea asal dan bukan diciplak dari mana-mana pihak lain.

11. Kandungan PSA ini hendaklah tidak memburuk-burukkan atau mencemar mana- mana individu, organisasi ataupun pihak lain serta tidak bertentangan dengan apa-apa peruntukan Akta Hasutan 1948 atau mana-mana akta lain yang berkaitan.

12. Keputusan panel juri adalah muktamad.

 

  • BORANG PERTANDINGAN PERLU DILAMPIR BERSAMA VIDEODAN TURUT DIHANTAR DIDALAM BENTUK CD/DVD KE:-

 

Pertandingan Video PSA2016, Bahagian Pendidikan Masyarakat,

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia,

Blok D6, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62007 Putrajaya,

u/p Nur Irwan bin Abd Rahman

Muat Turun Syarat-syarat dan borang peryertaan di sini.

Pegawai SPRM untuk dihubungi adalah seperti berikut:-

BIL NAMA PEGAWAI NO. TEL / E-MEL /FAKS

1

P/PPj Siti Zakiah binti Che Man (Ketua Cawangan Pelajar)

No. Tel: 03 – 8886 7336(Pej)

019 – 2770667(H/P)

E-mel:zakiah@sprm.gov.my No. Faks:03-88889527

2

Ps Rozlina Binti Hashim (Penyelaras)

No. Tel: 019 – 5787901(H/P)

E-mel:rozlina@sprm.gov.my No. Faks:03-88889527

3

PkPs Noraini Binti Ahmad

No. Tel: 03 – 88867890(Pej)

017-3798104(H/P)

E-mel:noraini.ahmad@sprm.gov.my No. Faks:03-88889527

 

 

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
4
Semalam
50
Minggu Ini
207
Bulan Ini
1091

Keseluruhan
3424720