Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa 300x225

Merujuk kepada kenyataan akhbar Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang membatalkan pertukaran dua pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke Jabatan Perdana Menteri setelah pertemuan pada pagi ini, SPRM menyambut baik keputusan ini di mana Suruhanjaya ini berpandangan bahawa ia satu tindakan yang baik dan sangat wajar.

SPRM juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara dan Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam serta semua pihak yang terlibat dalam hal ini.

SPRM akan terus menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan bebas, telus dan profesional sebagaimana termaktub dalam Akta SPRM 2009 dan Aspirasi SPRM.

 

DATUK HAJI MUSTAFAR ALI

TIMBALAN KETUA PESURUHJAYA (PENCEGAHAN)

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

26 SYAWAL 1436 / 10 OGOS 2015

PUTRAJAYA

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
31
Semalam
47
Minggu Ini
78
Bulan Ini
918

Keseluruhan
3429083