NewStraitTimes

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merujuk kepada laporan berita New Straits Times bertarikh 11 Ogos 2015 bertajuk Transfers of MACC officers cancelled, di halaman 3.

Dalam para kelima ada disebut Pengarah Bahagian Operasi Khas, Dato’ Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik, Dato’ Rohaizad Yaakob antara yang dipanggil untuk membantu siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai isu kebocoran maklumat.

Untuk makluman, Dato’ Rohaizad tidak pernah dipanggil oleh PDRM untuk memberi keterangan berhubung isu kebocoran maklumat.

Sehubungan itu, diharap pihak New Straits Times akan membuat pembetulan bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan orang ramai.

 

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

PUTRAJAYA

11 OGOS 2O15

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
15
Semalam
48
Minggu Ini
15
Bulan Ini
855

Keseluruhan
3429020