Iklan Pengambilan Pegawai Lantikan Kontrak Perkhidmatan (Contract Of Service) Bagi Jawatan Terbuka Gred 52 Dan 48 Di Bahagian Komunikasi Strategik Dan Perhubungan Antarabangsa
 
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
 
SPRM mempelawa calon-calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :
 
PEGAWAI LANTIKAN KONTRAK PERKHIDMATAN
 
Gred : Jawatan Terbuka gred 48 Jawatan Terbuka gred 52
Taraf jawatan : Kontrak Perkhidmatan (Contract of Service) Kontrak Perkhidmatan (Contract of Service)
Gaji : RM4,914.00 Minima RM5,532.00 Minima
Penempatan : Putrajaya (1 kekosongan) Putrajaya (1 kekosongan)
 
DESKRIPSI TUGAS
  1. Bertanggungjawab merancang, menganalisis isu semasa berkaitan rasuah dan imej SPRM, pengurusan krisis, mempromosi dasar dan program SPRM serta memantau isu berkenaan di media cetak, media elektronik dan media sosial.
  2. Bertanggungjawab merancang, menyediakan saluran komunikasi yang proaktif dan efektif untuk menyampaikan maklumat yang tepat dengan kadar segera kepada warga SPRM.
 
SYARAT PERMOHONAN
  1. Warganegara Malaysia;

  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

  3. Berkelulusan:

    1. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    2. Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    3. Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    4. Ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  4. Memiliki pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan iaitu :

    1. minima 10 tahun (untuk Jawatan Terbuka gred 48); atau
    2. minima 12 tahun (untuk Jawatan Terbuka gred 52);
  5. Memiliki kepujian sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

       Keutamaan :

    6. Berkeupayaan untuk bekerja lebih masa dalam persekitaran yang mendesak dan memerlukan tindakan kesegeraan.

    7. Berkelebihan kepada calon yang menguasai Bahasa Inggeris dengan cemerlang.

 
CARA MEMOHON 
  1. Sila kemukakan resume, salinan kad pengenalan, salinan sijil dan transkrip akademik serta sijil-sijil lain yang berkaitan melalui pos ke alamat berikut :

          Bahagian Komunikasi Strategik Dan Perhubungan Antarabangsa
          Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
          Aras 18, Blok C,
          No. 2, Lebuh Wawasan,
          Presint 7, 62250 Putrajaya.

     2. Sila pastikan alamat e-mel dan nombor telefon untuk dihubungi adalah yang terkini dan aktif.

 
PERHATIAN:
Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga.
 
Tarikh Tutup Permohonan : 9 OKTOBER 2020 (JUMAAT)
 
Muat turun iklan jawatan kosong
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
27
Semalam
54
Minggu Ini
180
Bulan Ini
1261

Keseluruhan
3447625