Dato’ Sri Ahmad Khusairi Dilantik TKPO, Dato’ Norazlan sebagai Pengarah Siasatan

 

PUTRAJAYA, 15 April - Sebagai tanda simpati terhadap golongan yang terjejas akibat wabak COVID-19 serta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyerahkan wang sumbangan sebanyak RM70,000 kepada Tabung COVID-19.

Sumbangan tersebut diserahkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki kepada YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Jabatan Perdana Menteri, semalam.

Pemberian itu diharapkan dapat dimanfaatkan bagi membantu hospital menangani peningkatan bilangan pesakit pada masa ini dan juga bagi tujuan pembelian barangan keperluan harian untuk disumbangkan kepada mereka yang terjejas akibat wabak itu.

Dalam hal berkenaan, Pengurusan Tertinggi SPRM mengucapkan terima kasih dan tahniah terhadap keprihatinan pegawai dan kakitangan SPRM kerana telah mengumpul sumbangan untuk Tabung COVID-19.

 

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
5
Semalam
48
Minggu Ini
244
Bulan Ini
244

Keseluruhan
3438846