Dato’ Sri Ahmad Khusairi Dilantik TKPO, Dato’ Norazlan sebagai Pengarah Siasatan

Putrajaya, 14 Apr. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dato’ Sri Ahmad Khusairi Yahaya atas pelantikan beliau sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM yang baharu berkuat kuasa 15 April ini.

Dato’ Sri Ahmad Khusairi menggantikan Datuk Seri Azam Baki yang telah dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 9 Mac lepas.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Johor, Dato’ Norazlan Mohd Razali pula dilantik sebagai Pengarah Bahagian Siasatan berkuat kuasa tarikh sama bagi menggantikan Dato’ Sri Ahmad Khusairi.

Seluruh warga SPRM sekali lagi mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kedua-dua pelantikan ini.

 

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
5
Semalam
48
Minggu Ini
244
Bulan Ini
244

Keseluruhan
3438846