Warga kerja Panasonic zahir komitmen perangi rasuah bersama SPRM

 

KUALA LUMPUR, 31 Jan. - Malam Gala Pementasan Teater Muzikal ‘Semarak Pertiwiku’ yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya di sini malam ini mendapat sambutan meriah dengan kehadiran lebih 1,000 penonton.

Lebih meriah, pementasan selama kira-kira dua jam itu turut dihadiri oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB. Zuraida Kamaruddin; Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador; Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed; Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad (MPB), Datuk Syed Hussian Aljunid; Pengarah Eksekutif, Operasi Berita dan Editorial, Media Prima, Mustapha Kamil Mohd. Janor; Pengarang Kumpulan Berita Harian, Saidon Idris; Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan MPB, Azlan Abdul Aziz bersama-sama Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) YBhg. Puan Latheefa Koya.

Turut hadir Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Seri Azam Baki; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Dato’ Shamshun Baharin Mohd. Jamil; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan & Profesionalisme), Dato’ Junipah Wandi serta Pengarah-Pengarah Bahagian dan Negeri SPRM.

Pementasan teater yang diarah dan diterbitkan oleh pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Muhammad Azri Ali itu adalah kerjasama SPRM bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Istana Budaya serta Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIMAS.

Teater ini mengisahkan kerakusan sebahagian kontraktor mengejar habuan mengumpul kekayaan sehingga tercetusnya skandal rasuah di sebalik perolehan sebuah projek mega.

‘Semarak Pertiwiku’ adalah adaptasi daripada susulan pementasan pertama teater tersebut di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Batu Lintang, Sarawak pada 12 hingga 14 Julai 2019.

Teater muzikal ini dibintangi oleh selebriti tanah air iaitu Ungku Ismail Aziz, Sherie Merlis, Chopie Cakap, Taufiq Hanafi, Anding Indrawani, Shah Kimin dan ramai lagi.

Tujuan penganjuran pementasan teater muzikal ini adalah untuk menyuntik dan menyemai nilai-nilai murni integriti dalam diri, keluarga, masyarakat dan negara sekali gus menanam sifat kebencian terhadap jenayah rasuah.

Pementasan teater muzikal ini secara langsung memberi peluang kepada masyarakat untuk mendekatkan diri dengan SPRM serta berupaya menyampaikan mesej-mesej pencegahan rasuah dengan cara yang lebih menarik, berkesan dan lebih efektif.

Teater ini dipentaskan sebanyak tiga kali bermula pada 30 Januari 2020 pada jam 3.00petang. Seterusnya pada 31 Januari 2020 pada jam 3.30 petang dan kemuncaknya adalah pada jam 8.30 malam pada tarikh yang sama.

Sebanyak 2,000 tiket percuma telah disediakan kepada orang ramai bagi kesemua pementasan teater selama dua hari.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
8
Semalam
52
Minggu Ini
219
Bulan Ini
60

Keseluruhan
3444880