JOHOR, 29 Jan – SPRM Johor telah mengadakan bual bicara secara ekslusif dalam satu majlis Konferen Keselamatan Negeri Johor Tahun 2020 anjuran Majlis Keselamatan Negara Negeri Johor dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor bertempat di Dewan Banquet, Aras 2, Bangunan Sultan Ismail, Iskandar Puteri.

Pengisian program dimulakan dengan Program Bicara Eksekutif yang disampaikan oleh PKPj Ridzuan Abd. Malik, Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Johor. Antara isu utama yang disentuh adalah isu rasuah dan penyeludupan yang melibatkan agensi keselamatan kerajaan di semua pintu masuk Negeri Johor. Melalui program ini, SPRM mampu memperluaskan keupayaan pencegahan rasuah kepada peserta yang berisiko tinggi terdedah kepada jenayah rasuah.

Majlis telah dirasmikan oleh  Dato’ Sahruddin Jamal, Menteri Besar Johor. Seramai 500 orang pegawai dan kakitangan Jabatan Dan Agensi Keselamatan Negri Johor telah menyertai majlis ini.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Dato’ Haji Azmi Rohani, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor; Dato’ A. Rahim Nin, Pegawai Kewangan Negeri Johor, Datuk Mohd Kamaruddin Md. Din, Ketua Polis Johor serta Pegawai-Pegawai Daerah Negeri Johor.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
11
Semalam
47
Minggu Ini
317
Bulan Ini
213

Keseluruhan
3440269