MELAKA 24 Januari, 2020 – Dua beradik hari ini telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen 1 Ayer Keroh Melaka atas kesalahan merasuah seorang pegawai polis kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 89(a) Akta Polis 1967; memiliki peralatan Polis tanpa kebenaran. Tertuduh pertama, Wong Chee Wei (42 tahun) bersama-sama tertuduh kedua, Wong Choy Shun (43 tahun) telah memberikan wang rasuah sebanyak RM4,500.00 kepada pegawai Polis berpangkat Inspektor di Balai Polis Melaka Tengah pada 23 Julai 2019 bagi tidak dikenakan tindakan undang-undang dari pihak Polis.

Kedua-dua mereka dituduh bersama di bawah Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009; jika disabitkan boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang 5 kali ganda nilai suapan atau RM10,000.00, mana yang lebih tinggi. Pertuduhan di buat oleh Timbalan Pendakwa Raya Irwanshah bin Abdul Samat di hadapan Hakim YBhg. Dato’ Haji Mohd Nasir bin Nordin. Mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM9,000.00 setiap seorang dengan seorang penjamin, menyerahkan pasport dan melapor diri di Pejabat SPRM Melaka setiap bulan.

Tarikh sebutan semula pada 26 Februari 2020.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
33
Semalam
48
Minggu Ini
128
Bulan Ini
364

Keseluruhan
3436077