NGO-Rakan Bnateras Rasuah

KUALA LUMPUR, 18 Jan. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengalu-alukan pembabitan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam menentang gejala rasuah di negara ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Dato' Shamshun Baharin Mohd. Jamil berkata, beliau memuji usaha Malaysia Corruption Watch (MCW) bagi membantu SPRM dan kerajaan dalam usaha menurunkan kadar jenayah rasuah.

MCW adalah NGO yang bergerak awal bagi merancang dan menghimpunkan ahli bagi menjayakan program sebagaimana Indonesia Corruption Watch (ICW) yang bergerak sebagai NGO aktif di negara jiran Indonesia.

"Keterbukaan dan sifat tanggungjawab ini membuktikan bahawa usaha membanteras rasuah bukanlah tanggungjawab eksklusif SPRM semata-mata.

"Semua pihak terutamanya penglibatan NGO perlu tampil kehadapan dan diharapkan kerjasama bersama MCW menjadi platform supaya dapat menjadi benteng kekuatan SPRM dalam memainkan peranan yang lebih aktif bagi memastikan jenayah rasuah dan salah guna kuasa ini dapat dibendung sehingga ke peringkat akar umbi", ujar beliau.

Tambah beliau, perjuangan memerangi rasuah
perlu diteruskan supaya negara kita dikenali kerana integriti dan bukan kerana rasuah.

Malah, SPRM juga bersifat terbuka untuk menerima kerjasama daripada mana-mana pihak untuk memerangi rasuah.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Program Sidang Meja Bulat bagi Ahli Lembaga Penasihat MCW yang diadakan di Dewan Tun Ismail, Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) di sini, hari ini.

Program ini adalah anjuran Bahagian Pendidikan Masyarakat (PenMas) SPRM, MACA dan MCW.

Turut hadir Pegarah Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan SPRM, TPj Mohd. Hafaz Nazar; Timbalan Pengarah Bahagian PenMas SPRM, KPKPj Mohamad Tarmize Abdul Manaf; Presiden MCW, Tuan Haji Jais Abdul Karim, Timbalan Presiden MCW, Dr. Rozaidi Abdul Rahim Razali serta Ketua Ahli Lembaga Penasihat MCW, Dato Seri Panglima Mohd. Annuar Zaini.

 

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
7
Semalam
49
Minggu Ini
155
Bulan Ini
1409

Keseluruhan
3446229