KUALA TERENGGANU - Seorang Penolong Pegawai Penyediaan Makanan di Hospital Kemaman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas lima pertuduhan mengemukakan dokumen palsu, tiga tahun lalu.

Bagaimanapun tertuduh, Mohammad Nazrie Ismail, 36, mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan.

Berdasarkan kesemua pertuduhan, tertuduh didakwa memalsukan dokumen sokongan tuntutan iaitu' 'Delivery Order' Pazlina Mat Ali bernilai keseluruhan RM6,189

Tertuduh didakwa melakukan kesemua kesalahan tersebut dari September hingga Oktober 2017 di Koperasi Perwaja Kemaman Bhd dan jika sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 465 Kanun Keseksaan iaitu penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Irwan Shah Abdul Samad di hadapan Hakim Jamaludin Mat, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Sejurus pengakuan direkodkan, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin, sementara menetapkan 28 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

Mahkamah juga mengarahkan tertuduh melaporkan diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kemaman sekali sebulan sehingga kes selesai.

 

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
29
Semalam
48
Minggu Ini
265
Bulan Ini
171

Keseluruhan
3435884