MELAKA 13 Januari, 2020 – Hakim Mahkamah Sesyen 1 Melaka, Dato’ Haji Mohd Nasir bin Nordin hari ini telah mengeluarkan perintah membenarkan permohonan SPRM Melaka untuk melucuthakkan harta sitaan berkaitan dengan kes penyelewengan peruntukan wang Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM).

Harta sitaan ini yang dianggarkan berjumlah RM153,000.00 merupakan harta yang dibeli tertuduh, Mohd Hanafi bin Ismail (32 tahun) dengan menggunakan wang yang diperolehi secara salah sepanjang beliau berkhidmat sebagai Pembantu Tadbir di TAPEM. Sebelum itu, Mohd Hanafi telah dituduh di Mahkamah Sesyen Melaka sebanyak 146 pertuduhan di bawah Seksyen 408 Kanun Kesiksaan dan telah jatuhi hukuman 4 tahun penjara dan 1 sebatan bagi setiap pertuduhan; hukuman berjalan serentak .

Permohonan pelucuthakkan harta ini dibuat melalui Seksyen 40 Akta SPRM 2009 oleh Timbalan Pendakwa Raya Irwanshah Bin Abdul Samat.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
5
Semalam
48
Minggu Ini
53
Bulan Ini
302

Keseluruhan
3440358