LABUAN, 9 Januari - PPj Mohd Yusizzudin Mohd Yusof, Pengarah SPRM WP Labuan mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia WP Labuan (MAQIS) di Bilik Mesyuarat Pejaabat MAQIS WP Labuan hari ini.

Kunjungan ini bertujuan merangka kerjasama strategik antara SPRM WP Labuan dan MAQIS WP Labuan dari aspek aktiviti operasi penguatkuasaan dan pencegahan rasuah dan membina hubungan silaturrahim kedua-kedua belah pihak.

Pengarah MAQIS WP Labuan menyambut baik hasrat SPRM WP Labuan untuk bersama-sama membasmi rasuah untuk membina budaya sifar rasuah bagi membina sebuah Negara yang aman, makmur dan berdaya saing demi menjamin kedaulatan Negara.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
13
Semalam
47
Minggu Ini
296
Bulan Ini
202

Keseluruhan
3435915