GEORGE TOWN, 9 Januari - YBhg. Dato' Wan Ramli Wan Abdullah, Pengarah SPRM Pulau Pinang mengadakan kunjungan hormat kepada YBrs. Profesor Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan, Naib Canselor USM hari ini.

YBrs. Profesor Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan sedia maklum tentang kerjasama antara SPRM Pulau Pinang dengan USM yang telah lama terjalin dan beliau juga menyatakan bahawa fokus beliau ialah untuk menerapkan integriti dan budaya kerja yang telus dalam kalangan kakitangan USM memandangkan strategi USM ialah ke arah mengutamakan keperluan pelajar dan pembangunan.

Dalam pertemuan ini juga  ada dibincangkan berhubung isu-isu dan kes-kes yang melibatkan kakitangan USM. Sebagai langkah pencegahan, program sedia ada yang melibatkan alumni, Angkatan Mahasiswa Antirasuah (AMAR) dan taklimat berkaitan antirasuah akan diteruskan.

Hit: 161