Terima kasih Dato' Sri Simi

 

PUTRAJAYA, 24 Dis. - Memulakan karier di Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR) sebagai Pegawai Siasatan pada 16 Jun 1983 dan hari ini secara rasminya, Pengarah Bahagian Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dato' Sri Simi Abdul Ghani bersara wajib setelah 36 tahun berkhidmat sebagai penjawat awam.

Sebelum dilantik sebagai Pengarah Bahagian Siasatan SPRM pada 3 Januari 2017, beliau pernah memegang jawatan sebagai Pengarah BPR Sarawak pada tahun 2004, Pengarah BPR Pahang (2006), Pengarah BPR Johor (2008), Pengarah SPRM Selangor (2014) dan Pengarah SPRM Johor pada 2016.

Sebagai penghargaan kepada sumbangan beliau kepada BPR/SPRM, Majlis Persaraan beliau telah diadakan di Auditorium Ibu Pejabat SPRM, di sini, semalam.

Beliau ketika memberi ucapan pada majlis tersebut menyampaikan penghargaan kepada pengurusan tertinggi, pegawai-pegawai kanan serta semua warga SPRM atas segala bantuan dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh beliau berkhidmat di BPR/SPRM.

"Kejayaan sesebuah organisasi adalah terletak di atas bahu semua warga yang mana mempraktikkan ketepatan waktu, ketepatan fakta dan menerapkan nilai-nilai murni seperti amanah, adil dan bersyukur amat penting dalam memenuhi kehendak pelanggan.

“Komitmen, motivasi serta disiplin warga kerja juga berkait rapat dalam menentukan kecemerlangan sesebuah organisasi,” jelasnya.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Ketua Pesuruhjaya SPRM, YBhg. Puan Latheefa Koya; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, YBhg. Datuk Seri Azam Baki; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), YBhg. Dato' Shamshun Baharin Mohd. Jamil; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan & Profesionalisme), YBhg. Dato' Ja'afar Mahad; pengarah-pengarah bahagian serta pegawai-pegawai SPRM.

 

 

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
9
Semalam
47
Minggu Ini
292
Bulan Ini
198

Keseluruhan
3435911