MACA Nadi SPRM Lahirkan Modal Insan Berintegriti Tinggi Dan Berwibawa

 

PUTRAJAYA 10 Dis. - Sambutan Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA) 2019 peringkat negeri Kelantan disambut meriah dengan jalinan kerjasama National Anti Corruption Commission of Thailand (NACC) dan Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM) negeri menerusi dua program berbeza.

Pada program pertama pada 6 Disember lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri Kelantan bersama NACC telah merasmikan pemasangan sebuah papan iklan bermesejkan antirasuah yang dipasang di pintu keluar dan masuk Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQS), Rantau Panjang.

Jalinan usahasama bersama NACC ini bertujuan bagi menyampaikan mesej antirasuah serta meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai bahaya jenayah rasuah merentasi sempadan.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan sesi menandatangani simbolik kerjasama bilateral SPRM Kelantan dan NACC.

Majlis perasmian sambutan tersebut dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Roslan Wan Hamat dan turut dihadiri oleh Pengarah SPRM Kelantan, KPKPj Ramli Ismail serta Pengarah NACC Wilayah Narathiwat, Thanakrit Loetwiriyamarangkul.

Sementara itu pada keesokkan harinya, SPRM negeri Kelantan dengan kerjasama YARM negeri meneruskan sambutan bersama-sama golongan muda.

Pada majlis tersebut, KPKPj Ramli Ismail telah menyampaikan ucapan kepada kira-kira 100 pelajar Kolej Cosmopoint bertempat di pejabat SPRM Kelantan.

Jelas beliau, penekanan untuk menanamkan sifat intergiti dalam diri golongan muda adalah penting kerana mereka merupakan pemimpin generasi masa hadapan sekali gus dapat mencorak generasi yang bebas dari jenayah rasuah

 

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
12
Semalam
47
Minggu Ini
295
Bulan Ini
201

Keseluruhan
3435914