MACA Nadi SPRM Lahirkan Modal Insan Berintegriti Tinggi Dan Berwibawa

 

Pengkalan Hulu, 10 Dis. – Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dato’ Shamshun Baharin Mohd Jamil telah merasmikan papan iklan antirasuah sempena Program Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA) 2019 peringkat Negeri Perak pada 6 Disember yang lepas.

Program ini merupakan platform bagi SPRM dan NACC of Yala, Thailand dalam meneruskan misi memerangi jenayah rasuah dan menjadi kesinambungan bagi kedua-dua pihak untuk terus menjalinkan rangkaian kerjasama strategik pada masa yang akan datang.

Turut hadir Pengarah SPRM Perak, Dato’ Hj. Mohd Fauzi Hj. Mohamad; Pengarah NACC of Yala, Bandit Kanasuwan; Timbalan Pegawai Daerah Betong, Suwit Nakpao; Pegawai Daerah Hulu Perak, Zulhisham Ahmad Shukori dan Ketua CIQ Pengkalan Hulu, Pin a/l Endin Chu.

Program selama dua hari ini turut disertai oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, TPj Tuan Ruslan Tuan Mat.

Sementara itu, Kembara Antirasuah Perak sempena Hari Antirasuah Antarabangsa Perak (KARPHARA) turut diadakan melibatkan 60 buah konvoi bermotosikal yang diketuai oleh Dato’ Shamshun Baharin, pegawai-pegawai SPRM Ibu Pejabat SPRM Putrajaya dan juga pegawai dari SPRM Perak.

Program bermula pada 5 Disember dengan perasmian pelepasan Konvoi Bermotorsikal KARPHARA oleh Pengarah SPRM Perak, Dato’ Hj. Mohd Fauzi Hj. Mohamad bermula di SPRM Perak dan berakhir di Sekolah Kebangsaan Bongor, Gerik.

Hit: 143