MACA Nadi SPRM Lahirkan Modal Insan Berintegriti Tinggi Dan Berwibawa

 

Wang Kelian, 10 Dis. - Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Tuan Azman Mohd Yusof telah merasmikan Papan Info SPRM (Billboard) di Pintu Keluar Masuk Sempadan Wang Kelian dan Padang Besar, Perlis pada 6 Disember lepas.

Papan Info SPRM dengan paparan slogan 'Bersama Memerangi Rasuah' merupakan salah satu pendekatan yang digunakan oleh SPRM dalam menyebarluaskan mesej kesalahan rasuah kepada masyarakat yang keluar masuk negara melalui pintu sempadan Wang Kelian dan Padang Besar.

Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan jatidiri anti rasuah dalam kalangan agensi-agensi penguatkuasa di sempadan dan masyarakat setempat.

Sementara itu, papan iklan turut dipasang oleh National Anti Corruption Commission of Thailand (NACC) di pintu keluar masuk sempadan Wang Prachan, Satun bagi menunjukkan komitmen dan kerjasama dalam usaha membanteras gejala rasuah rentas sempadan.

Turut serta menyaksikan majlis perasmian tersebut adalah Pengarah Bahagian Perisikan SPRM, Dato Sri Ahmad Khusairi Yahya; Pengarah SPRM Perlis, PKPj Mohd Shukor Mahmud dan Senior Officer dari NACC Wilayah 9 Thailand, Piyawat Kurapool.

 

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
29
Semalam
47
Minggu Ini
315
Bulan Ini
315

Keseluruhan
3438917