MACA Nadi SPRM Lahirkan Modal Insan Berintegriti Tinggi Dan Berwibawa

PUTRAJAYA, 7 Dis. - Program Walkabout Perdana sempena Sambutan Hari Anti Rasuah Antarabangsa (HARA) 2019 yang bakal diraikan pada 9 Disember nanti telah dirasmikan hari ini bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai bahaya rasuah.

Bertemakan ‘Bersama Memerangi Rasuah’, sambutan HARA 2019 kali ini merupakan program usahasama antara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama rakan strategik yang terlibat seperti Yayasan AntiRasuah Malaysia (YARM); Majlis Belia Malaysia; Anti-Corruption Student Force; Persatuan Pegawai Integriti Bertauliah; Transparency International Malaysia; Universiti Kebangsaan Malaysia - Pelaksana Tinjauan Antirasuah; Persatuan Bekas Pegawai SPRM/BPR; Angkatan Mahasiswa AntiRasuah; Malaysia Corruption Watch; Centre to Combat Corruption and Cronyism serta Perbadanan Putrajaya.

Program anjuran Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM yang berlangsung di pasar awam Presint 8, Putrajaya ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Dato’ Shamshun Baharin Mohd. Jamil bersama rakan strategik SPRM iaitu Presiden YARM, Dato’ Sri Hj. Zakaria Hj. Jaffar.

Dato’ Sri Hj. Zakaria berkata, program Walk-About Perdana sempena HARA 2019 ini merupakan platform untuk menyebarkan mesej pencegahan rasuah dengan memfokuskan golongan sasaran peniaga kecil dan peniaga.

"Masyarakat perlu bersatu hati dengan memberi kepercayaan dan juga tanda sokongan kepada SPRM untuk membanteras gejala rasuah supaya dapat dibendung dengan sewajarnya," ujarnya.

Beliau turut menegaskan agar golongan peniaga tidak mengamalkan perniagaan dengan mengambil rasuah kerana ia boleh menghancurkan negara kita.

Dalam pada itu, turut diadakan pelancaran ruang papan info antirasuah yang bertujuan untuk menyediakan pusat informasi awam maklumat-maklumat pencegahan serta edaran bahan kempen HARA 2019.

 

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
10
Semalam
47
Minggu Ini
294
Bulan Ini
1431

Keseluruhan
3438565