MACA Nadi SPRM Lahirkan Modal Insan Berintegriti Tinggi Dan Berwibawa

PUTRAJAYA, 29 Nov. - Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah bersetuju menerima 11 cadangan penambahbaikan berkaitan amalan, sistem dan tatacara pengurusan dana Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) melalui “Arahan Menteri”.

Ketua Setiausaha (KSU) KKMM, Dato’ Suriani Dato’ Ahmad dalam ucapan aluannya berkata, Kementerian amat komited terhadap tindakan-tindakan pencegahan dan pemulihan bagi mengatasi isu-isu governans, integriti dan rasuah dan sekaligus mendukung usaha Kerajaan dalam memerangi rasuah agar negara dikenali kerana integriti dan bukannya rasuah selaras dengan National Anti-Corruption Plan (NACP).

Cadangan-cadangan yang dikemukakan melalui Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan (BPMP) ini adalah susulan daripada 7 Kertas Siasatan berhubung tuntutan palsu dan penyelewengan dana SKMM berkaitan projek di bawah program 1 Malaysia Negaraku bernilai RM25 juta.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Dato’ Shamshun Baharin Mohd. Jamil berkata, KKMM adalah penggerak utama bagi memastikan program dan aktiviti Kementerian, jabatan-jabatan serta agensi-agensi di bawahnya bagi mencapai matlamat yang ditetapkan. Perkembangan pesat dalam bidang politik, ekonomi dan sosial memperlihatkan peranan KKMM semakin mencabar untuk memenuhi hasrat rakyat dalam merangka kegiatan industri-industri telekomunikasi dan penyiaran. Walau bagaimanapun di dalam usaha mencapai visi dan misi Kementerian, telah berlaku penyelewengan oleh pihak tertentu yang mengambil kesempatan dan menjadi penghalang kepada pencapaian objektif Kementerian.

“SPRM akan membuat pemantauan terhadap status pelaksanaan cadangan-cadangan dengan penambaikan yang dipersetujui ini secara berkala iaitu bagi tempoh tiga, enam dan 12 bulan,” katanya pada sesi pembentangan khidmat nasihat di Radio Televisyen Malaysia, Angkasapuri, Kuala Lumpur yang berlangsung pada 26 November lalu.

Pada akhir sesi tersebut, Dato’ Suriani bersama Dato’ Shamshun Baharin telah menandatangani laporan khidmat nasihat sebagai tanda persetujuan untuk pelaksanaan cadangan-cadangan tersebut.

Turut hadir Pengarah Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan, Datuk Abd. Aziz Aban, Pegawai Kanan BPMP serta wakil-wakil daripada KKMM, SKMM dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS).

 

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
34
Semalam
53
Minggu Ini
299
Bulan Ini
347

Keseluruhan
3429970