KUALA SELANGOR, 2 Dis - SPRM Negeri Selangor dengan kerjasama Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM) Negeri Selangor bertemu dengan wakil-wakil penduduk dari Mukim Jeram, Kuala Selangor hari ini.

Program ini dinamakan 'Sesi Dialog' SPRM dan YARM bersama Penghulu dan Ketua-Ketua Kampung daripada 12 buah kampung di dalam Mukim Jeram, Daerah Kuala Selangor. Turut serta ialah YBhg. Dato' Haji Alias Salim, Pengarah SPRM Negeri Selangor dan Encik Ismadee A Ishak, Pengerusi YARM Negeri Selangor.

Program ini merupakan inisiatif SPRM Negeri Selangor dan YARM Negeri Selangor dalam usaha mendekatkan SPRM dan YARM dengan penduduk setempat. Ianya juga merupakan satu platform bagi wakil penduduk mengutarakan persoalan serta pandangan mengenai kesalahan jenayah rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa.

Selain itu, program ini juga sebagai satu landasan bagi menyebarluas mesej antirasuah kepada orang awam, khususnya memberi informasi tentang inisiatif-inisiatif terkini kerajaan dan SPRM dalam usaha membasmi rasuah dalam negara.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
34
Semalam
53
Minggu Ini
299
Bulan Ini
347

Keseluruhan
3429970