KELANTAN, 1 Dis - Suruhanjaya Pencegahan Malaysia (SPRM) Negeri Kelantan melakar sejarah buat julung kalinya berjaya menyebarkan mesej pencegahan rasuah ke peringkat antarabangsa melalui Program Cabaran 4 x 4 peringkat antarabangsa, Malaysia Rainforest Challenge 2019 (RFC'19).

RFC merupakan sukan kenderaan paling lasak ke-10 teratas di dunia. Seramai 450 peserta dari 30 negara seperti Malaysia, Thailand, Brunei, Indonesia, China, Rusia, Uzbekistan, Sri Lanka dan melibatkan wakil media tempatan dan antarabangsa. Cabaran bakal dihadapi adalah mengharungi cabaran 4x4 di dalam antara hutan tropika padat di Malaysia di waktu musim tengkujuh.

Kerjasama SPRM Negeri Kelantan dalam program RFC bersempena dengan Hari Anti Rasuah Antarabangsa pada 9 Disember ini, bagi menyebarluaskan mesej pencegahan rasuah pada program ini. SPRM Negeri Kelantan diberi penghormatan untuk mempamerkan mesej pencegahan rasuah pada badan sebuah Trak Penzgauer, jentera "Off Road" bertayar enam.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
26
Semalam
47
Minggu Ini
312
Bulan Ini
312

Keseluruhan
3438914